Home >> Insurans Kenderaan Masuk Thailand

Insurans Kenderaan Masuk Thailand
🚗Insurans Kereta masuk Thailand

Jangan bawa kereta masuk Thailand tanpa Insurans.

Nak bercuti dan rancang masuk Thailand pakai kereta sendiri?

Senangnya bawa kenderaan sendiri ke luar negara, tak payah bergantung kepada pengangkutan awam / Grab / taxi dan bebas sahaja nak ke sana-sini.

Tapi, sebelum itu, pastikan dokumen-dokumen berikut sebelum ke Thailand, jangan sampai pintu sempadan baru kena pusing balik.😞😞

📌Dokumen Wajib:

✔️ Passport / Visa (Jika menetap lebih 45 hari)
✔️ Geran Kereta
✔️ Borang kad putih (white card) bagi setiap orang
✔️Borang maklumat kenderaan (TM 2) dan borang maklumat penumpang (TM 3)
✔️Insurans Kereta masuk Thailand – WAJIB


Insurans Thailand ini murah sahaja, kosnya hanya RM20-RM30 (bergantung berapa hari di Thailand)

Apakah yang dilindungi Insurans Thailand?

1. Kecederaan pihak Ketiga sehingga 80k Thai Baht
2. Kematian / hilang upaya pihak Ketiga sehingga 300k Thai Baht
3. Insurans Thailand ini hanya cover pihak ketiga (rakyat Thailand)

Walaupun kami ambil Insurans 1st party, kerosakan akibat kemalangan dalam Thailand, kereta anda tidak dapat dilindungi, selainkan anda tambah add on EXTENSION TO THAILAND dalam polisi insurans anda.
---------------------------------------------------------------------------------------
Kalau terlibat kemalangan di Thailand:
1. Telefon talian kecemasan 911
2. Tunjuk Salinan Insurans kepada polis / pihak hospital Thailand
3. Buat laporan polis dalam tempoh 24 Jam
4. Minta bantuan pihak polis Thailand untuk buat laporan kepada pihak insurans bagi Tuntutan Insurans
---------------------------------------------------------------------------------------
Insurans Perjalanan (Travel Insurans) – TIDAK WAJIB, tapi digalakkan

Harga murah, dapat perlindungan - anggaran RM100 ja untuk 1 family (bergantung berapa hari di Thailand)

Lindungi anda di luar negara kalau berlaku sesuatu kemalangan yang tidak diingini:

✔️ Kematian / hilang upaya akibat kemalangan
✔️ Bagasi hilang
✔️ Penerbangan ditunda / batal
✔️ Dapatkan Rawatan / kos perubatan di hospital
✔️ Kehilangan Passport / Visa
✔️ Barangan peribadi hilang (rompakan / kecurian)

-----------------------------------------------------------
Nak beli Insurans Thailand, whatapps kami sekarng😊😊

📱Whatapps:012-4089393

GET FREE QUOTE


🏛️Pejabat HQ
No 5, Taman Seri Belida, Jalan Suka Menanti, 05150 Alor Setar Kedah

🏛️Pejabat Alor Setar
No 82, Kedai Perumahaan Awam Mergong, Jalan Gangsa, 05150 Alor Setar Kedah
☏Telephone : 04-7309393

🏛️Pejabat Sungai Petani
No 143, Taman Ria Jaya, Jln Kelab Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani Kedah. (sebaris dgn Maybank Tmn Ria Jaya)
☏Telephone : 04-4422393

🖥️Website: www.tkthank.com.my
Go to About Us to explore more
Or click below to renew road tax
About Us
Renew Roadtax